BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Selasa, 21 Disember 2010

9 sebab hati tidak berasa bahagia

bismilahhirahmanirahim , dearest :)

antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

*pemarah
paling mudah dikesan dan paling banyak dalam diri manusia . orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang .

*pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar dalam dada . orang seperi ini sentiasa mencari cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu . hati-2 kerana sikap begini boleh membawa kepada mendapat penyakit yang lebih serius seperti sakit jantung .

*hasad dengki
amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan .

*bakhil
sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta , kesenangan , pangkat dan lain-2 dari dirinya . sesungguhnya Allah SWT lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah benci orang yang abid tetapi bakhil . kerana walaupun fasiq , pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadang kala rezeki itu Allah beri melalui makhluk .

*tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut . walau berapa banyak yang diminum tetap tidak akan kehabisan . ingat yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita . selagi tidak digunakan iaitu disimpan , itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ) biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan .

*tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak bloeh bersabar apatah lagi hal-2 yang lebih besar .

*ego
ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang . orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar dari sudut zahir mahupun batin .

*riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari cari peluang untuk dipuji . jika dipuji , dia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji , dia akan mengurangkan amalnya - Allah marah kalau riak dan takkabur

*cinta dunia
terlalu mengejar dunia hingga lupa akan tanggungjawab terhadap Allah SWT . terlalu mengejar harta hingga mengabaikan keperluan yang lain . orang begini tidak berasa nikmat syukur kerana jarang sekali mereka bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT . sentiasa merasakan harta yang diperolehi itu tidak mencukupi .

p/s : sember dari peribadirasulullah.wordpress.com