BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Khamis, 30 Disember 2010

kesulitan hidup

kesulitan hidup hapuskan dosa dosa kecil ?

tidak semua manusia mampu bertahan dengan dugaan dan cubaan yang ditimpakan keatas mereka .ada yang sanggup membunuh diri , melakukan jenayah , menyakiti orang lain dan lebih teruk ada dikalangan orang yang beriman sanggup menukar ganti iman kepada harta atau lebih mudahnya dipanggil murtad . bagi orang yang beriman , mereka dan Allah ingin menguji kekuatan iman hamba-hambaNya . manakala bagi mereka yang lemah iman atau tidak beriman , mereka akan melihat dugaan ini sebagai bala yang menimpa mereka . malah lebih teruk sekali apabila ada orang sanggup menyalahkan Allah dan mempersoalkan keadilan Allah .

tetapi pernahkah kita terfikir apakah sebab atau relevannya segala ujian dan dugaan itu ? marilah kita hayati hadith Nabi ini , dari Abi Salamah bin Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud ,
"antara begitu banyak dosa , ada sejenis dosa yang tidak dapat dikifarah dengan solat , puasa , haji dan umrah . seorang sahabat bertanya : apakah amalan yang dapat mengkifarahkannya ya Rasulullah ? Nabi bersabda : dosa itu dihapus oleh kesusahan dan dukacita kerana kesukaran berusaha mencari nafkah hidup" .